Siaran langsung pertarungan tinju Muhammad Ali-Bugner - Utusan Malaysia

Siaran langsung pertarungan tinju Muhammad Ali-Bugner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Mei 1975, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 61 buah negara membuat tempahan untuk siaran secara langsung pertarungan tinju antara Muhammad Ali menentang Joe Bugner di Stadium Merdeka pada 1 Julai 1975.

Pengarah Tinju Dunia Sendirian Berhad, Ismail Kamat berkata, siaran secara langsung itu dibuat berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh Don King Production semasa pertarungan antara Muhammad Ali menentang George Foreman di Zaire tahun lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Mei 1971 – Jalan Petaling akan ditutup kepada semua lalu lintas bermula malam esok kerana seramai 272 peniaga kecil termasuk 90 peniaga bumiputera akan membuka pasar malam di jalan tersebut.
  • 21 Mei 1975 – Sekolah Menengah Agama Perempuan Shariffah Radziah di Teluk Mas, Melaka ditutup mulai hari ini berikutan tunjuk perasaan kira-kira 100 pelajarnya pagi tadi.
  • 21 Mei 1979 – Syarikat limbungan kapal tempatan, Sabah Shipbuilding, Repairing And Engineering Sendirian Berhad mengumumkan perbelanjaan RM70 juta bagi pembesaran limbungan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya