Pada 22 Mei 1980, Utusan Malaysia melaporkan Misbun Sidek dan adik-adiknya Razif dan Jailani akan terus menggunakan “Servis S” untuk menghadapi kejohanan badminton dunia di Jakarta yang akan bermula pada Ahad ini, sama seperti digunakan sewaktu menentang India kelmarin.
Turut sama menggunakan servis cara baru ini ialah Ong Beng Tiong yang akan berpasangan dengan Razif.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 22 Mei 1971 – Syarikat Shum Yip Leong Rubber Works Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengeluar getah tertua di Malaysia yang telah diasaskan pada tahun 1921.
- 22 Mei 1972 – Kerajaan Pahang sedang merancang untuk menubuhkan sebuah yayasan pelajaran bagi membantu pelajar-pelajar di negeri ini untuk melanjutkan pelajaran tinggi.
- 22 Mei 1975 – Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris memberitahu sebanyak dua ribu unit rumah berderet yang diperbuat dari papan akan dibina di Shah Alam tidak lama lagi sebagai usaha mengatasi masalah mendapatkan rumah pada harga murah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]