Pada 16 Mei 1972, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Pelajaran, Tun Hussein Onn menyeru ibu bapa supaya sentiasa bertimbang rasa terhadap Guru yang bersusah payah “berikhtiar memajukan anak kita dan bukannya mengecam mereka semata-mata”.
Tugas guru katanya, bukan saja berat, tetapi mereka “terpaksa berada dalam kawalan masyarakat yang mempunyai banyak sekatan”.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 16 Mei 1971 –
Kerajaan bercadang menubuhkan kira-kira 220 buah persatuan peladang termasuk di peringkat negeri dan kebangsaan dalam Rancangan Malaysia Kedua. - 16 Mei 1973 –
Zainon daud merupakan wanita pertama dilantik sebagai pengurus cawangan bank di Kangar oleh pihak Bank Bumiputera. - 16 Mei 1980 –
Presiden Mesir, Anwar Sadat semalam telah membentuk sebuah kerajaan baru dengan beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri. Beliau turut mengumumkan pemansuhan undang-undang tentera yang telah dikuatkuasakan di Mesir sejak tahun 1914.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]