Pada 12 Mei 1977, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn melancarkan penubuhan Koperasi Usaha Bersatu Malaysia Berhad.
Ia bermatlamat meninggikan ekonomi kaum Melayu di samping memastikan rakyat miskin menikmati kekayaan ekonomi negara.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 12 Mei 1974
Kuala Lumpur telah mempunyai 60,000 talian telefon pada masa ini dan memerlukan 150,000 talian menjelang 1975. - 12 Mei 1975
Juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali memilih untuk mengadakan perlawanan tinju di negara ini walaupun menerima tawaran lebih besar dari negara lain. - 12 Mei 1979
M. Amin diberi kepercayaan untuk mengarahkan sebuah filem berunsur dakwah, “Tragedi Semerah Padi”.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]