Pada 20 Mei 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Fakulti Pergigian Universiti Malaya akan mengeluarkan kumpulan pertama doktor gigi mulai tahun depan bagi menampung keperluan perkhidmatan pergigian khususnya di kawasan luar bandar.
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berkata, bagi menampung keperluan itu, bilangan pengambilan mahasiswa akan ditambah dari 32 kepada 48 orang setahun.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 20 Mei 1971 – Tentera Udara Diraja Malaysia akan membeli 15 buah kapal terbang jenis “Bulldog” dari Scotland tidak lama lagi
- 20 Mei 1975 – Universiti Sains Malaysia menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di majlis konvokesyennya yang keempat.
- 20 Mei 1979 – Kumpulan Boney M bersama peralatan muzik seberat sepuluh tan yang berharga RM12,000 akan mengadakan konsertnya pada malam ini di Stadium Negara.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]