Pada 27 Mei 1973, Utusan Malaysia melaporkan gesaan agar kerajaan negeri Johor mengkaji semula perjanjian air dengan Singapura supaya negara mendapat lebih banyak faedah dalam memenuhi keperluan pembangunan industri yang pesat di Johor Baharu.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Mohamad Rahmat menyifatkan perjanjian air yang ada sekarang lebih menguntungkan “orang lain” daripada negara sendiri.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 27 Mei 1972 – Russia dan Amerika Syarikat telah mencapai persetujuan untuk tidak menghalakan senjata, roket dan torpedo dari kapal angkatan laut masing-masing ketika berjumpa di laut.
- 27 Mei 1974 – A. B. Rahim dari Kedah berjaya mengatasi ujian kelayakan Sukan Asia apabila memenangi tempat pertama dalam acara 200 meter di kejohanan lumba basikal trek kebangsaan di Dewan Belia Kampung Pandan.
- 27 Mei 1975 – Kastam Padang Besar berjaya merampas sebanyak 68 kilogram candu bernilai RM150,000 di pasaran gelap antarabangsa
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]