ITM laksana skim pinjaman dan biasiswa - Utusan Malaysia

ITM laksana skim pinjaman dan biasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Mei 1973, Utusan Malaysia melaporkan Institut Teknologi Mara (ITM) akan melaksanakan skim pinjaman dan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institut itu mulai tahun ini.

Pengarah ITM, Arshad Ayub ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata, Majlis Pentadbir ITM telah bersetuju dengan skim itu dan ia dalam proses pelaksanaan.

Sebelum itu, 80 peratus pelajar ITM diberikan bantuan sepenuhnya merangkumi tempat tinggal, makanan dan elaun manakala selebihnya menyumbang berdasarkan pendapatan ibu bapa mereka.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 19 Mei 1972 – Sultan Terengganu merasmikan pembukaan bangunan baru ibu sawat telefon automatik yang menelan belanja
    sebanyak RM700,000 di Kuala Terengganu.
  • 19 Mei 1973 – Seniman Sophan Sophiaan dari Indonesia terpilih sebagai pelakon berwatak terbaik dalam Pesta Filem Asia
    Ke-19 yang diadakan di Singapura.
  • 19 Mei 1977 – Hanya 194 orang mahasiswa bumiputera daripada 778 mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang lulus dalam peperiksaan
    akhir yang diadakan pada bulan Mac hingga April lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya