Pada 25 Mei 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dua juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Ismail dan pengajarnya, Kapten Lee Ngau Chai terselamat dari maut apabila helikopter Alouette yang sedang mereka naiki dalam latihan penerbangan jatuh terhempas di tepi lebuhraya baru Kuala Lumpur.
Beberapa orang yang menyaksikan kejadian tersebut berjaya menarik keluar Kapten Lee dari helikopter yang remuk, sementara Leftenan Muda Ismail dapat merangkak keluar sendirian.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 25 Mei 1971 – Jawatankuasa Perayaan Jubli Perak Pertabalan Raja Perlis telah diubah menjadi Jawatankuasa Kutipan Derma Bangunan Khutubkhanah Negeri.
- 25 Mei 1972 – MARA akan mula mengeksport sejumlah satu juta ela kain batik ke Amerika Syarikat yang bernilai lebih RM2 juta mulai bulan Jun hadapan.
- 25 Mei 1975 – Seniwati Dayang Sulu telah menawarkan diri untuk menjadi pemegang “Placard Bearer” dalam pertarungan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Negara Julai depan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]