Pada 24 Mei 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tokoh baru dalam arena politik Kanada, Joe Clark dan Parti Progresif Konservatif pimpinannya telah menamatkan pemerintahan selama 11 tahun Perdana Menteri Kanada, Pierre Trudeau.
Clark yang berusia 20 tahun lebih muda dari Trudeau akan menjadi Perdana Menteri yang paling muda dalam sejarah 112 tahun Kanada dan pemimpin termuda sebuah negara barat yang besar.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 24 Mei 1974 – Sepuluh orang pengganas komunis yang mati semasa Operasi Indra baru-baru ini disebabkan memakan buah terap, jelas Menteri Pertahanan Datuk Hamzah Abu Samah.
- 24 Mei 1975 – Jerman Barat merupakan negara pertama yang menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian dalam lumba basikal jelajah Malaysia sejauh 630 batu dari Kangar ke Johor Baharu pada 1 hingga 8 Ogos depan.
- 24 Mei 1977 – Duta Besar Malaysia ke Ireland, Datuk Abdullah Ali telah memuji Kerajaan Ireland atas kemudahan-kemudahan yang disediakan bagi para penuntut Malaysia di sana.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]