PADA 9 Mei 1973, Utusan Malaysia melaporkan Perbendaharaan Negara mengumumkan mulai hari ini ringgit dan syiling Singapura akan dilayan seperti lain-lain mata wang di dunia.
Ini berikutan berakhirnya Peraturan Saling Pertukaran antara mata wang Malaysia dan Singapura pada kadar yang sama berkuat kuasa pukul 4 petang.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 9 Mei 1970
Menteri Perdagangan dan Perusahaan mengumumkan sebuah kilang membuat jem nanas yang menelan modal RM1 juta akan dibina di Johor tahun ini. - 9 Mei 1975
Tuti Mutia Filem dari Indonesia mengadakan kerjasama dengan Shaw Brothers untuk membuat filem “Semalam di Malaysia”. - 9 Mei 1978
Kesesakan jalan raya di Johor Bahru dijangka dapat diatasi apabila projek persimpangan Jalan Tebrau yang menelan belanja RM6 juta siap awal tahun depan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]