Pada 6 Mei 1977, Utusan Malaysia melaporkan seorang pemuda yang dipercayai anggota subversif telah diberkas setelah melontar sebutir bom tangan ke arah anggota polis dalam satu kejadian di Petaling Jaya, Selangor. Bom buatan tempatan yang dilontarkan itu bagaimanapun tidak meletup.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 6 Mei 1972 – Pasangan suami isteri luar biasa, Hassan Jusoh, 10, dan isterinya, Bedah Shaari, 19, beroleh seorang cahaya mata.
- 6 Mei 1973 – Rencana oleh Siti Zaharah Ibrahim bertajuk Satu tinjauan ke Sekolah Henry Gurney, Melaka – Mereka Sekarang Sudah Insaf!.
- 6 Mei 1979 – Temuramah khas dengan S.M. Salim yang memaparkan pengalaman pahit getir beliau dalam bidang seni.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]