Yang di-Pertuan Agong Kelapan angkat sumpah - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Kelapan angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 April 1984, Utusan Malaysia melaporkan Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan dalam sidang khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Naskhah pengisytiharan memegang jawatan telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Istiadat yang bermula jam 11 pagi tersebut menyaksikan Yang di-Pertuan Agong memakai uniform Pemerintah Askar Timbalan Setia Johor ketika melafazkan sumpah dan menandatangani warkah sumpah jawatan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 27 April 1969 – Menteri Pelajaran, Tan Sri Khir Johari ketika meletak batu asas politeknik berharga RM15 juta mengumumkan
    ianya diberi nama “Politeknik Ungku Omar”.
  • 27 April 1982 – Tokoh Muda Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Mohd Isa Samad dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Melaka
    dan Negeri Sembilan.
  • 27 April 1983 – Bank Rakyat melancarkan Rancangan Pinjaman Mengenang Budi (RPMB) khusus bagi kakitangan kerajaan dan swasta
    bumiputera.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya