Rais Yatim kembali ke Pusat - Utusan Malaysia

Rais Yatim kembali ke Pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 April 1982, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim kembali bertanding untuk kerusi Parlimen di  mana Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan 12 muka baharu dalam pilihan raya umum 22 April ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan akan bertanding di Parlimen Jelebu mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Samad Idris yang mengundurkan diri.

Buat pertama kali juga, seorang wanita dicalonkan untuk kerusi Parlimen , iaitu Napsiah Omar, seorang pensyarah Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang akan bertanding di Parlimen Kuala Pilah.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 6 April 1973 – Lebih 100 keluarga dari Kampung Pasir, pekan Semenyih berhijrah ke kawasan perumahan baharu yang disediakan oleh Kerajaan Selangor iaitu berhampiran Kampung Sungai Pening-Pening.
  • 6 April 1976 – Putera Norodom Sihanouk meletakkan jawatan sebagai ketua negara Kemboja dan akan menerima wang saraan kira-kira 8,000 Dollar Amerika setahun.
  • 6 April 1984 – Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Datuk Suhaimi mengumumkan secara rasmi akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO pada Mei depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya