Puan Sri Saloma dikebumi sebelah pusara P.Ramlee - Utusan Malaysia

Puan Sri Saloma dikebumi sebelah pusara P.Ramlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 April 1983, Utusan Malaysia melaporkan Biduanita Negara, Puan Sri Saloma, 48, yang meninggal dunia malam tadi kerana sakit kuning, dikebumikan di sebelah hujung kaki pusara suaminya Allahyarham P. Ramlee di perkuburan Islam Jalan Ampang.

Lebih 2,000 orang dari segala peringkat termasuk para pemimpin, artis, kaum keluarga dan orang ramai mengiringi “perjalanan terakhir” Allahyarham dari rumahnya di Petaling Jaya. Pemangku Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengetuai mereka yang menghantar takziah kepada keluarga Allahyarham

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 April 1971
    Kompleks pelancongan Mimaland yang sedang dalam pembinaan di atas puncak bukit setinggi 1,500 kaki di Batu 11, Ulu Gombak dijangka siap keseluruhannya dalam tahun 1972 atau 1973.
  • 26 April 1982
    Semenanjung Sinai kembali semula ke pangkuan Mesir ketika rundingan sedang sibuk dengan Israel berhubung sebuah kawasan persisir di Teluk Aqaba
  • 26 April 1984
    Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah berangkat pulang ke negeri Pahang dari Pangkalan TUDM Sungai Besi setelah menamatkan tempoh sebagai ketua negara ke-tujuh.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya