Komunis guna nama Melayu - Utusan Malaysia

Komunis guna nama Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 April 1983, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam tentang strategi baharu pengganas komunis yang menggunakan nama Melayu untuk seorang ketuanya, semata-mata bagi mengelirukan rakyat penduduk yang beragama Islam.

Menurut Tun Musa Hitam, kejayaan pasukan keselamatan dalam menumpaskan pengganas komunis di sempadan Pahang-Negeri Sembilan dan Perak sepanjang tahun ini telah membongkar beberpa strategi dan rahsia komunis di negara ini.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 8 April 1975
    -Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kemajuan Petroleum (pindaan) memberikan kuasa dan hak mutlak kepada Petronas untuk menjalankan kegiatan pemasaran dan pengedaran petroleum dan keluaran petrokimia di negara ini.
  • 8 April 1977
    -Paras air di Empangan Kelang Gate di Ulu Kelang surut ke paras kritikal akibat ketiadaan hujan sejak beberapa bulan lalu.
  • 8 April 1978
    -Timbalan Menteri Kewangan, Senator Tan Sri Ra dah Aziz memberitahu Dewan Rakyat, hutang negara hingga akhir tahun lalu berjumlah RM15,827,649,899.27.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya