Isu Bukit Carcosa mulakan rundingan - Utusan Malaysia

Isu Bukit Carcosa mulakan rundingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 April 1984, Utusan Malaysia melaporkan isu Bukit Carcosa telah dibawa ke meja perundingan antara wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British, Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dan Wisma Putra berhubung pemilikan kawasan tersebut.

Rundingan tidak rasmi peringkat awal tertumpu kepada bagaimana Bukit Carcosa yang menjadi kediaman Pesuruhjaya Tinggi British boleh dikembalikan semula sebelum laporan rasmi dikemukakan kepada Kerajaan Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 April 1978 – Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Abdul Manan Othman menyatakan kerajaan akan memajukan Pantai Bisikan Bayu di Kelantan hingga ke Merang di Terengganu dan Pantai Mersing di Johor sebagai pusat pelancongan.
  • 11 April 1979 – Presiden Bangladesh, Leftenan Jeneral Ziaur Rahman dan isterinya, Begum Rahman memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
  • 11 April 1984 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan sedang merancang untuk melaksanakan pembinaan pusat rekreasi raksasa seluas 808.2 hektar di kawasan Bukit Jalil.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03 74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya