China pembeli getah utama - Utusan Malaysia

China pembeli getah utama

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 April 1973, Utusan Malaysia melaporkan Republik Rakyat China merupakan pembeli utama getah dari Malaysia pada tahun ini mengatasi tempat yang biasanya dipegang Amerika Syarikat. Hal ini menyebabkan aliran dagangan getah Malaysia mencapai kemajuan besar dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menurut Jabatan Perangkaan, China membeli sejumlah 28,520 tan getah berbanding 12,229 tan sebelumnya manakala Amerika Syarikat membeli 23,702 tan berbanding 23,604 sebelumnya. Pembeli ketiga pula ialah Soviet Union dengan 26,673 tan berbanding 16,628 sebelumnya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 April 1968 – Filem terbaru P. Ramlee “Gerimis” terbitan Merdeka Studio Ulu Kelang dilihat merosot dan hampir menyerupai filem sebelumnya “Sesudah Subuh”.
  • 14 April 1979 – Menteri Pengangkutan, Tan Sri V. Manickavasagam menyatakan Pelabuhan Kuantan di Tanjung Gelang mungkin dibuka menjelang akhir tahun ini.
  • 14 April 1984 – Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Jabid Mohamed Don menyatakan warganegara Malaysia dari Semenanjung yang memasuki Sabah hanya perlu menggunakan dokumen bagi menggantikan pasport.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya