Pada 22 Mac 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga orang dari satu keluarga meninggal dunia akibat terperangkap setelah kereta yang mereka naiki terjerumus lalu tenggelam ke dalam sungai dari Feri Sungai Bernam.
Tragedi pukul 9 pagi itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Hillman tidak dapat dikawal ketika menaiki feri tersebut lalu tenggelam perlahan-lahan ke dalam sungai. Orang ramai yang berada di atas feri dan di tebing sungai tergamam menyaksikan kejadian tersebut. Mayat mereka berjaya dikeluarkan pada pukul 2.30 petang
Antara peristiwa lain yang menarik
- 22 Mac 1975 – Perdana Menteri Tun Abdul Razak menyatakan sebuah jabatan akan dibentuk di Kementerian Perumahan dan Kampung Bharu untuk mengendalikan hal ehwal perumahan negara.
- 22 Mac 1979 – Juara Badminton Belia Kebangsaan Misbun Sidek terpaksa menarik diri menyertai Kejohanan All England setelah diundi menentang pemain Taiwan di pusingan awal kerana ianya selari dengan dasar kerajaan tidak mengiktiraf negara tersebut.
- 22 Mac 1982 – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengumumkan Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan serentak pada 29 Mac dan pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh tersebut
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]