Tentera Darat sambut ulang tahun ke-44 - Utusan Malaysia

Tentera Darat sambut ulang tahun ke-44

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Mac 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tentera Darat yang merayakan ulang tahun ke-44 hari ini diingatkan tentang ancaman pengganas komunis yang masih berbahaya kepada keselamatan negara selagi musuh-musuh tersebut serta fahaman komunis tidak dihapuskan sama sekali.

Ketua Turus Tentera Darat, Leftenan Jeneral Tan Sri Mohd. Sany Ghaffar dalam ucapannya di perbarisan dekat Stadium Angkatan Tentera, berikrar menentang musuh negara tersebut. Ikrar tersebut disambut kira-kira 700 anggota tentera yang menyertai perbarisan tersebut yang antara lain berbunyi: “Kami bersedia mengorbankan nyawa demi mempertahankan negara”.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 2 Mac 1982 – Malaysia dan Bahrain menubuhkan jawatankuasa kerjasama ekonomi dan sosial.
  • 2 Mac 1983 – ADUN Kampung Gajah, Tan Sri Ramli Ngah Talib mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah.
  • 2 Mac 1985 – Buat pertama kalinya, kereta proton Saga ditunjukkan kepada wartawan, namun dalam bentuk foto luaran sahaja.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya