Pada 23 Mac 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pindaan kepada Ordinan Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan adalah perlu untuk mewujudkan hubungan perindustrian yang baik di samping bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara perusahaan menjelang 1990.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan ordinan kesatuan sekerja yang dipinda tidak akan mengurangkan hak pekerja tetapi ia memberi “hak bekerja” kepada semua pekerja.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 23 Mac 1973 – Pelakon baharu Studio Cathay Keris, Rosnita Osman ditawarkan berlakon dalam filem barat “E Fource One” yang penggambarannya dijalankan di Singapura dan Australia
- 23 Mac 1974 – Kerajaan pusat memberi RM50 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini sebagai pendahaluan permulaan untuk pembangunan bandar Shah Alam.
- 23 Mac 1979 – Bangunan PINTAR (Pustaka Peringatan Tun Abdul Razak) berharga RM5.32 juta akan didirikan di kawasan seluas 10 hektar di Teluk Chempedak, Pahang tidak lama lagi.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]