Krisis Soviet Union - China memuncak - Utusan Malaysia

Krisis Soviet Union – China memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Mac 1969, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Soviet Union dan China telah sampai ke kemuncak krisis yang paling buruk antara kedua negara sejak 10 tahun yang lalu.

Kremlin berazam memberitahu seluruh rakyat Rusia bahawa pemimpin Peking sekarang merupakan musuh “nombor satu” mereka dan musuh kepada seluruh gerakan komunis dunia. Sejak berlakunya pertempuran di sempadan Sungai Ussuri pada ahad lalu yang mengorbankan 31 jiwa rakyat Rusia, Kremlin telah memberikan amaran-amaran kerasnya secara langsung.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 10 Mac 1972 – Yang di-Pertua PAS, Tan Sri Hj Mohamad Asri Hj Muda rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang pertama di Parlimen.
  • 10 Mac 1983 – Pemain badminton Datuk Razif Sidek dipilih sebagai Olahragawan Selangor 1982 berdasarkan kejayaannya menjuarai beregu
    “All England” bersama Jalani Sidek.
  • 10 Mac 1985 – Kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam dilarang memakai pakaian yang menutup muka (purdah) mulai sekarang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya