Pada 24 Mac 1978, Utusan Malaysia melaporkan Datuk Mohamed Yaacob yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar kerajaan campuran BN-Berjasa hari in berikrar akan memberi khidmat dengan jujur dan ikhlas sebagai ketua Kerajaan Kelantan.
Dalam satu kenyataan lain, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan bekas Menteri Besar Kelantan sebelum ini Datuk Mohamad Nasir akan dilantik menjadi menteri abinet dan mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Tun Hussein onn.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 24 Mac 1971 – Lebih 800 daripada 1,200 orang tahanan di Pulau Jerjak melancarkan mogok lapar mulai hari ini.
- 24 Mac 1980 – Menteri Pelajaran, Tun Musa Hitam ketika merasmikan pembukaan Sekolah Menengah Muadzam Shah Kota Sarang Semut mengumumkan sebuah sekolah politeknik berharga RM10 juta akan dibina di Kedah.
- 24 Mac 1982 – Johan Cruyff, 34, telah disingkirkan dalam pasukan Bola sepak Kebangsaan Belanda akibat perselisihan atas penaja perdagangan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]