Jaffar Hussein Gabenor baharu Bank Negara - Utusan Malaysia

Jaffar Hussein Gabenor baharu Bank Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Mac 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Abdul Aziz Taha yang menyandang jawatan tersebut sejak 1979 akan meletakkan jawatannya mulai 1 Jun ini dan tempatnya akan diganti oleh Datuk Jaffar Hussein.

Menteri Kewangan, Tun Dr. Daim Zainuddin ketika mengumumkan pelantikan tersebut menyifatkan Jaffar Hussein sebagai orang yang paling sesuai untuk mengetuai Bank Negara dan mewakili Malaysia di kalangan komuniti kewangan antarabangsa.

Pelantikan itu juga merupakan satu sejarah kerana inilah kali pertama orang dari luar bank dilantik memegang jawatan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 7 Mac 1969 – Hanya bahasa Melayu, Arab, Inggeris dan Perancis akan digunakan dalam Persidangan Negara-Negara Islam di Kuala Lumpur
    pada April ini.
  • 7 Mac 1975 – Perdana Menteri Tun Abdul Razak ditabalkan menjadi Paduka Imam Khalifah dan Penasihat Agung Majlis Tertinggi Adat
    Istiadat Gayung Malaysia dan Serantau oleh Mahaguru Seni Siat Gayung, Dato’ Meor Abdul Rahman.
  • 7 Mac 1979 – Hakim Raja Tan Sri Azlan Shah telah dilantik menjadi Hakim Besar Malaya menggantikan Tan Seri S.S. Gill yang bersara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya