Dua maut dalam penggambaran filem Penagih Dadah - Utusan Malaysia

Dua maut dalam penggambaran filem Penagih Dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Mac 1977, Utusan Malaysia melaporkan dua anggota tentera terbunuh apabila sebutir alat peletup meletup ketika penggambaran filem “Penagih Dadah” yang diterbitkan kerajaan negeri Johor.

Menurut pengarahnya, Mat Sentul, adegan yang hendak digambarkan ialah mengenai pertembungan segerombolan sembilan penyeludup dadah dengan pasukan Relawati.

Menurut beliau, kedua-dua anggota tentera itu menolong memasang alat letupan dengan kerjasama pihak tentera bagi menghidupkan lagi filem yang menelang kos RM200,000 itu

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 Mac 1971 – Jambatan di Sungai Jarak dekat Tasek Gelugor, binasa akibat satu letupan besar dipercayai angkara komunis hingga menyebabkan perkhidmatan kereta api dari Butterworth ke utara tergendala.
  • 9 Mac 1978 – Majlis Agama Islam Perak merupakan yang kedua melarang kegiatan pertubuhan Persaudaraan Nasrul Haq selepas Negeri Sembilan.
  • 9 Mac 1979 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamd mengumumkan kerajaan meletakkan Pusat Biro Narkotik di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk memaksimumkan usaha menentang penyalahgunaan dadah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya