DBKL umum harga rumah pangsa - Utusan Malaysia

DBKL umum harga rumah pangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Mac 1983, Utusan Malaysia melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan harga jualan rumah pangsa kos rendah yang berusia 10 tahun ke atas antara RM11,600 hingga RM22,000 seunit dan mula dikuatkuasakan pada 1 Julai ini.

Serentak itu, kadar sewa rumah pangsa dinaikkan lebih sekali ganda iaitu antara RM65 hingga RM125 sebulan mulai 1 Ogos.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Pengiran Othman Rauf ketika mengumumkan perkara tersebut turut berkata, DBKL juga mensyaratkan mereka yang tinggal 10 tahun atau lebih dan menjelaskan sewanya dengan sempurna layak membeli rumah pangsa (6,770 unit).

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 31 Mac 1973 – Menteri Kerja Raya dan Tenaga, Tan Sri Abdul Ghani Gilong mengumumkan sejumlah RM65.78 juta diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua untuk projek bekalan elektrik seluruh negara
  • 31 Mac 1983 – Showmasters akan mengadakan “Konsert Rock 83” di Stadium Merdeka menampilkan kumpulan “Kembara”, “Headwind”, “Lefthanded”, “The Unwanted”, Dr. Sam Rasputin dan M.Shariff.
  • 31 Mac 1985 – Rencana mengenai Devan Nair, anak Melaka yang menjadi Presiden Ketiga Singapura.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya