Pada 7 Februari 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Pertanian akan memperhebatkan kempen untuk meminta
para petani khususnya di Kedah dan Perlis menanam padi jenis MR-71 Muda dan MR-77 Seberang.
Menurut menterinya, Anwar Ibrahim,kedua-dua varieti padi itu sudah terbukti mampu mengeluarkan hasil yang lumayan dan
mempunyai daya tahan daripada serangan penyakit.
Tambah beliau, kementerian tidak lagi menggalakkan para petani menanam padi jenis IR-42 kerana walaupun hasilnya lumayan tetapi beras yang dihasilkan didapati hancur.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 7 Februari 1969 – Lembaga Letrik Negara Kawasan Tengah Selangor akan mendirikan pencawang letrik terbesar yang mempunyai kuasa
60,000 Voltan untuk keperluan tenaga sekitar Petaling Jaya, Batu Tiga dan Kuala Lumpur. - 7 Februari 1977 – Ketua Negara India, Presiden Fakhruddin Ali Ahmed dan isterinya Begum Abida Ahmed tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur untuk lawatan negara empat hari ke Malaysia. - 7 Februari 1975 – Lebih 200 kes penceraian dan tuntutan nafkah di Wilayah Persekutuan masih tidak diselesaikan ekoran tiada Mahkamah Syariah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]