Sultan Johor Yang di-Pertuan Agong Ke-8 - Utusan Malaysia

Sultan Johor Yang di-Pertuan Agong Ke-8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Februari 1984, Utusan Malaysia melaporkan Sultan Johor, Sultan Iskandar Alhaj Al-Mutawakkil, 52 dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Kelapan untuk tempoh selama lima tahun mulai 26 April ini. Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Pemilihan Seri Paduka dibuat oleh Majlis Raja-Raja dalam sidang khas selama dua jam di Dewan Persidangan Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 10 Februari 1969 – Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerangkan bahawa Universiti Kebangsaan akan tetap ditubuhkan pada tahun hadapan.
  • 10 Februari 1972 – Yang di-Pertua Pas, Tan Sri Mohd Asri Haji Muda, dilantik menjadi ketua pembangkang pertama di Dewan Rakyat.
  • 10 Februari 1978 – Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan orang ramai jangan lagi meyertai Pertubuhan Persaudaraan Nasrul Haq
    yang masih samar dan meragukan kebenarannya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya