Pada 24 Februari 1974, Utusan Malaysia melaporkan Dewan Rakyat memulakan perbahasan atas Rang Undang-Undang (pindaan) Perlembagaan yang bertujuan menyekat perbincangan awam atas perkara-perkara sensitif dan bagi menjamin perjalanan demokrasi di negara ini.
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak membentangkan Rang Undang-Undang tersebut sebagai agenda pertama persidangan dan disokong oleh Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin.
DAP menentang pindaan itu manakala Pas pula menyokong rang undang-undang itu.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 24 Februari 1982 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir umum semua rancangan tanah baharu yang bakal dibuka akan dilaksanakan “ala Kesedar Kelantan”.
- 24 Februari 1983 – Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai misi mencari bantuan ke Timur Asia Barat bagi membiayai penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
- 24 Februari 1984 – Kira-kira 1,309 hektar tanah di Pulau Pinang, Melaka dan Johor terlepas ke tangan warganegara dan syarikat asing sejak merdeka hingga 1976.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]