PKNS tubuh syarikat kewangan - Utusan Malaysia

PKNS tubuh syarikat kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Februari 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menubuhkan sebuah syarikat kewangan yang memberi kemudahan pinjaman membeli rumah, khususnya rumah yang dibinanya sendiri.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Harun Idris, Syarikat Kewangan Shahalam yang ditubuhkan tersebut akan mengambil alih semua urusan pinjaman untuk membeli rumah-rumah PKNS yang sekarang ini dikendalikan sendiri oleh PKNS. PKNS sehingga kini telah mengeluarkan kira-kira RM55 juta sebagai pinjaman pembelian rumah PKNS dan pembinaan rumah sendiri di tapak tanah persendirian.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Februari 1973 – Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor membekukan tanah persendirian seluas 252 hektar di Tebrau berkaitan dengan isu “wang panas” yang melanda negara.
  • 21 Februari 1974 – Kerajaan Malaysia mengumumkan garis panduan dan peraturan ke atas perolehan harta bagi mengelakkan pemilikan dan penguasan asing.
  • 21 Februari 1977 – Kementerian Pertahanan mengumumkan akan mengambil kira-kira 8,000 orang rekrut pangkat rendah selaras dengan rancangan pembesaran angkatan tentera.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya