PADA 16 Februari 1978, Utusan Malaysia melaporkan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman; Presiden Bank Dunia, Robert McNamara dan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Diraja Ungku Aziz diumumkan sebagai tiga penerima pertama Anugerah Tun Razak.
Anugerah yang disediakan oleh Yayasan Tun Razak tersebut diadakan sebagai mengenang jasa Allahyarham untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan semua masyarakat dunia, mengekalkan keamanan dan memperbaiki taraf pelajaran yang secara langsung akan meninggikan taraf hidup penduduk di dunia.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 16 Februari 1969
Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan, Prof. Datuk Dr. Ungku Omar, 38, meninggal dunia akibat penyakit jantung. - 16 Februari 1975
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan seluas 24,000 hektar tanah perindustrian akan dibuka di Kedah bagi menambah lima kawasan industri sedia ada. - 16 Februari 1977
Pembedahan ganti injap jantung pertama di Malaysia berjaya dijalankan ke atas Foo Kim Thye, 40, di Hospital Universiti pada 19 Januari lalu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]. – UTUSAN