Pada 18 Februari 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein mengumumkan pemerintahan darurat selama 20 bulan akan tamat dengan pembubaran Majlis Gerakan Negara pada 18 Februari 1971 dan negara akan kembali kepada pemerintahan demokrasi berparlimen mulai 19 Februari 1971.
Tun Razak juga mengumumkan pembubaran Majlis Perundingan Negara dan Majlis Muhibbah Negara yang akan digantikan oleh Majlis Perpaduan Negara diketuai beliau sendiri.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 18 Februari 1972 – Pengganas komunis membunuh lima orang awam di Sarawak dalam kejadian berasingan di Sibu dan Binatang.
- 18 Februari 1973 – Kerajaan Melaka membekukan penjualan tanah berhampiran bandar, pekan dan industri bagi mengatasi berlakunya ‘wang panas’ dan untuk menjaga kepentingan rakyat.
- 18 Februari 1979 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengecam tindakan Persekutuan Antarabangsa Pekerja-Pekerja Pengangkutan (ITWF) ingin melebarkan kuasanya dari Britain ke Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]