Pada 22 Februari 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 200 orang kebanyakannya para petani dan nelayan telah kehilangan tempat tinggal akibat ribut puting beliung yang memusnahkan 39 buah rumah dan mengakibatkan kerugian kira-kira RM100,000 di Kampung Sungai Jagung, Sungai Petani, Kedah.
Kejadian yang berlaku antara pukul 9 hingga 10 malam itu, dianggap paling dahsyat pernah melanda kampung tersebut yang telah menyebabkan dua wanita cedera dan sembilan buah rumah ranap sama sekali.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 22 Februari 1975 – Menteri Pelajaran, Tun Dr. Mahathir berkata rancangan menggalakkan murid-murid bercucuk tanam di kawasan sekolah bertujuan melatih mereka untuk melakukannya di rumah untuk keperluan sendiri sahaja.
- 22 Februari 1979 – Lebih 150 terbunuh dalam satu letupan gunung berapi di Banjaran Gunung Dieng di Jawa Tengah.
- 22 Februari 1985 – Terowong di Lebuh Raya Ipoh – Changkat Jering sepanjang 822 meter sedang rancak dibina oleh Syarikat Haila dari Korea dijangka dibuka pada pertengahan 1986.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]