Malaysia secara rasmi pulau Olimpik Moscow - Utusan Malaysia

Malaysia secara rasmi pulau Olimpik Moscow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Februari 1980, Utusan Malaysia melaporkan Majlis Olimpik Malaysia (OCM) mengambil keputusan memulau Sukan Olimpik Moscow pada Julai depan.

Presiden OCM, Tan Sri Hamzah Abu Samah memberitahu, OCM bersetuju dengan nasihat kerajaan supaya memulaukan sukan itu sebagai bantahan terhadap pencerobohan tentera Rusia di Afghanistan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 Februari 1969 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Wong Pow Nee berkata, 15,378 hektar dari 16,187 hektar tanah sawah di Pulau Pinang sudah ditanam padi dua kali setahun
  • 11 Februari 1983 – Yang di-Pertuan Agong merasmikan Institut Latihan Lembaga Letrik Negara yang menelan kos RM70 juta di Bangi
  • 11 Februari 1984 – Datuk Shake, penyanyi Melayu yang mencipta nama di Perancis capai populariti singkat di Malaysia dimana jualan album pertamanya “Kau Bungaku” kini mencecah 80,000 unit

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya