Lembaga Pertubuhan Peladang ditubuhkan - Utusan Malaysia

Lembaga Pertubuhan Peladang ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Februari 1973, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein mengumumkan pembentukan Lembaga Pertubuhan Peladang dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Tengku Ahmad Rithauddeen dilantik sebagai pengerusinya.

Satu kenyataan pejabat Perdana Menteri berkata: “Mulai sekarang, Lembaga Pertubuhan Peladang akan mengambil alih tanggungjawab semua persatuan peladang dari Jabatan Pertanian dan syarikat kerjasama berasaskan pertanian dari Jabatan Kemajuan Kerjasama”.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 Februari 1971 – Bantuan makanan Bangsa-Bangsa Bersatu akan bersidang pada November ini antaranya untuk persetujuan projek bantuan makanan bagi 3,336 keluarga Tanah LKTP di Sarawak dan buruh kerja pembinaan Lebuhraya Timur-Barat.
  • 15 Februari 1975 – Kompleks Kastam moden berharga RM17.4 juta di Tambak Johor akan siap pada Julai ini.
  • 15 Februari 1977 – Belia yang masih bujang dipelawa memohon untuk memiliki rumah pangsa PKNS di Kampung Kerinchi dan Kampung Baru.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya