Pada 17 Februari 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Tan Siew Sin mengumumkan kira-kira $60 juta dalam bentuk Dolar Amerika mencurah masuk ke Malaysia dalam masa beberapa hari berlakunya krisis kewangan di mana Amerika Syarikat menurunkan nilai mata wangnya.
Hal ini menyebabkan Malaysia mungkin menghadapi lambungan ekonomi (boom) pada tahun ini, namun Perbendaharaan dan Bank Negara bimbang jika ia terlalu besar. Tun berkata sebab itulah Malaysia mengambil tindakan menutup pasarannya bagi mengelakkan ringgit-ringgit Amerika yang tidak dikehendaki terus mengalir ke dalam pasaran negeri.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 17 Februari 1974 – Kerajaan Filipina mengumumkan kira-kira 250 gerila Islam dan 26 tentera kerajaan terbunuh dalam pertempuran di Pulau Jolo
- 17 Februari 1977 – Parlimen British membentangkan seramai 1,526 rakyat Malaysia dibenarkan tinggal tetap di United Kingdom dalam masa 9 bulan pertama tahun lalu.
- 17 Februari 1979 – Kabinet Perdana Menteri, Mehdi Bazargan mengeluarkan satu dikri merampas semua harta benda keluarga diraja Shah Mohammad Reza Pahlavi di Iran
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]. – UTUSAN