KWSP perkenal dua akaun baharu - Utusan Malaysia

KWSP perkenal dua akaun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Februari 1985, Utusan Malaysia melaporkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan dua akaun baharu – Akaun Simpanan dan Akaun Persaraan untuk membolehkan para pencarum mengeluarkan wang mereka bagi tujuan pelajaran dan pelaburan.

Akaun-akaun tersebut akan dimulakan pertengahan tahun ini. Mengikut akta KWSP, para pencarum hanya dibenar mengeluarkan sebahagian daripada caruman mereka pada umur 50 tahun dan mengeluarkan semua sekali setelah bersara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 Februari 1969 
    Lembaga Urusan dan Tabung Haji akan dibentuk untuk menyatukan Perbadanan Tabung Haji di Kuala Lumpur dan Jabatan Urusan Haji yang berpusat di Pulau Pinang
  • 14 Februari 1972
    Kerajaan Perikatan bersetuju pada dasarnya untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Parti Gerakan di Pulau Pinang.
  • 14 Februari 1978
    Pemangku Raja Kelantan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan melantik sebuah kerajaan sementara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya