Pada 23 Februari 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Chin Peng, ketua pengganas komunis sedang menghadapi masalah untuk mengekalkan pasukannya dan berusaha untuk mengekalkan pengaruhnya yang semakin merosot terutama di kalangan anggota-anggota Melayu berikutan beberapa langkah yang diambilnya.
Berita dari Bangkok melaporkan sebuah dari tiga rejimen Chin Peng telah berpecah dari kepimpinannya berikutan beberapa langkah pemecatan serta pertikaian di kalangan anggota
Antara peristiwa lain yang menarik
- 23 Februari 1971 – Sebuah batu nisan ditemui di Kampung Kolam, Melaka dikatakan dibuat sekitar 300-500 tahun lalu dan bentuknya dikaitkan dengan keluarga Diraja seperti Pasai atau Acheh.
- 23 Februari 1973 – Kerajaan menarik semula larangan mengimport tahi ayam yang berkuatkuasa sejak 30 November 1972.
- 23 Februari 1975 – Dari jumlah 904 orang peguam yang diberikan sijil praktis di Semenanjung, hanya 101 orang sahaja Melayu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]