Dr. Mahathir mohon maaf secara terbuka kepada Tunku. - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir mohon maaf secara terbuka kepada Tunku.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Februari 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan keazamannya untuk meneruskan dasar kerjasama antara kaum yang telah diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman sejak merdeka dahulu.

Berucap di majlis sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Tunku di Wisma MCA yang dihadiri oleh 1,500 tetamu, Tun Dr. Mahathir secara terbuka memohon maaf terhadap apa-apa kata-kata kesat dan tindakan yang biasa dilakukannya ke atas Tunku kerana perbezaan pendapat dahulu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 Februari 1969 – Seniwati Saloma telah merakamkan empat lagu ke piring hitam, iaitu dua lagu baru berjudul “Cari Sayang” dan “Entah Dimana” serta dua lagu diperbaharui rentaknya “Malam Sunyi” dan “Jangan Dikenang.”
  • 9 Februari 1971 – Kerajaan Negeri Sembilan melancarkan tiga projek besar bagi memulihkan kehidupan mangsa banjir antaranya pemindahan Pekan Rompin ke lokasi lebih tinggi, 3 km dari pekan lama.
  • 9 Februari 1972 – Seri Paduka Baginda Tuanku Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong Malaysia telah memperkenankan perlantikan baginda sebagai Canselor Universiti Malaya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya