PADA 5 Januari 1969, Utusan Malaysia melaporkan, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengumumkan sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia akan mewujudkan sistem pertahanannya sendiri.
Beliau menyatakan demikian ketika mengulas keputusan Amerika Syarikat (AS) dan New Zealand untuk memindahkan tenteranya dari Kem Terendak di Melaka ke Singapura.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 5 Januari 1968
17 orang hilang apabila sampan mereka karam ketika menyeberangi sungai di Kampung Parit Jawa, Pontian, Johor sekali gus menjadi jumlah mangsa paling besar dalam banjir yang sedang melanda Johor ketika ini. - 5 Januari 1971
Pahang dari udara kelihatan seperti lautan. Selain Pantai Timur, banjir semakin meluas ke Selangor, Melaka, Johor, Perak dan Negeri Sembilan. - 5 Januari 1978
Masyarakat perniagaan Cina mengalu-alukan pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]