PADA 31 Januari 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan masyarakat Cina merayakan sambutan Tahun Baru Cina secara sederhana sebagai menghormati pemergian Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.
Pengharaman membakar mercun masih berkuatkuasa di seluruh negara.
Menteri-menteri Kabinet berketurunan Cina tidak mengadakan rumah terbuka pada tahun ini sebagai menghormatinya.
Bagaimanapun, perayaan yang jatuh pada tahun naga itu tetap menerima kunjungan daripada kaum lain sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 31 Januari 1969
Universiti Pulau Pinang (kini USM) mula menerima 30 orang penuntut awalnya pada awal Mei ini dengan menumpang sementara di bangunan Maktab Perguruan Gelugor. - 31 Januari 1972
Malaysia diterima menyertai pertandingan hoki di Sukan Olimpik Munich pada Ogos ini. - 31 Januari 1983
Tan Sri Mohd. Asri Muda yang digantung keahliannya dari PAS mengumumkan hasratnya menubuhkan parti Islam yang baharu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]