Syed Nahar letak jawatan MB Kedah. - Utusan Malaysia

Syed Nahar letak jawatan MB Kedah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Januari 1985, Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Syed Nahar Shahabuddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan mengumumkan Exco Kanan, Datuk Osman Aroff sebagai penggantinya.

Sultan Kedah berkenan pelantikan tersebut dan perisytiharan rasmi akan dibuat di Istana Anak Bukit pada 28 Januari.

Menurut Syed Nahar, “Saya meletakkan semua jawatan atas sebab-sebab peribadi untuk menikmati hidup sebagai rakyat biasa”.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 Januari 1968 – Kumpulan kedua terdiri daripada 35 buah keluarga tiba untuk menjadi peserta Rancangan Kemajuan Tanah Bukit Banding di Ulu Terengganu.
  • 25 Januari 1975 – Gerila Islam yang berusaha mencapai perdamaian dengan perwakilan Kerajaan Filipina di Arab Saudi mengubah tuntutan pemisahan wilayah selatan kepada kuasa otonomi.
  • 25 Januari 1976 – Filem “Jaws” terbitan Universal dan diedarkan oleh CIC yang menelan belanja lebih AS$3.5 juta akan ditayangkan di pawagam-pawagam Shaw tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya