Syarikat penerbangan MSA berpecah - Utusan Malaysia

Syarikat penerbangan MSA berpecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Januari 1971, Utusan Malaysia melaporkan Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura (MSA) akan berpisah
menjadi dua syarikat penerbangan pada tarikh akan diumumkan kelak.

Pengumuman mengenainya dibuat dalam satu kenyataan bersama Kerajaan Malaysia dan Singapura yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pengangkutan. Wakil Malaysia dalam perbincangan tersebut diketuai oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri
Ismail Mohamad Ali manakala Singapura diketuai oleh En. J.Y.M. Pillay, Peguam Negara Singapura.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Januari 1968 –
    Filem Gerimis arahan P. Ramlee dalam proses penggambaran di Studio Merdeka dengan turut memperkenalkan pelakon baru Chandra Shanmugam, 27, sebagai Leela.
  • 26 Januari 1980 –
    Sidang luar biasa Menteri Luar negara-negara Islam bagi membincangkan secara khusus pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
  • 26 Januari 1984 –
    Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan arahan kepada penganjur-penganjur majlis rasmi dan tidak rasmi yang dihadiri oleh perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri hendaklah berakhir sebelum jam 11 malam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya