Lipatan Sejarah: Parlimen bubar akhir Februari untuk PRU4 - Utusan Malaysia

Lipatan Sejarah: Parlimen bubar akhir Februari untuk PRU4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 4 Januari 1969, Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan Pilihan Raya Umum Malaysia Keempat (PRU4) akan diadakan pada penghujung April atau awal Mei tahun berkenaan.

Ini berikutan pembubaran Parlimen yang akan dibuat pada penghujung Februari selepas selesai pembentangan Sidang Belanjawan 1969

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 4 Januari 1969
    Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menangguhkan perjalanannya ke London untuk menghadiri Persidangan Perdana Menteri Komanwel berikutan keuzuran Gabenor Pulau Pinang, Tun Syed Sheh Shahabuddin.
  • 4 Januari 1971
    Lebih 25,000 mangsa banjir dipindahkan ke tempat yang lebih selamat berikutan keadaan semakin buruk di negerinegeri pantai timur dan Johor.
  • 4 Januari 1972
    Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali, jutawan Aristotle Onassis dan penasihat Rumah Putih, Henry Kissinger dipilih sebagai orang yang berpakaian paling kemas di dunia sepanjang tahun 1971 oleh Yayasan Fesyen Amerika.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya