Operasi Gulung Darat - Utusan Malaysia

Operasi Gulung Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 Januari 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan 14 orang yang tercatat dalam senarai polis sebagai orang yang dikehendaki adalah di antara 241 orang yang diberkas dalam satu gerakan besar-besaran polis di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam gerakan yang digelar “Gulung Darat” itu, serbuan besar-besaran terhadap sarang-sarang samseng serta tempat sembunyi penjenayah telah dilancarkan.

Operasi selama 15 jam itu berakhir pada awal pagi. Mereka yang diberkas berumur antara 16 hingga 30 tahun.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 13 Januari 1969 – Muzium Pulau Pinang menerima pelawat dari dalam dan luar negara seramai 65,000 orang pada tahun 1968.
  • 13 Januari 1971 – Jabatan Kerjaraya Pahang sedang bekerja keras memulihkan semula perkhidmatan Feri Jerantut akibat banjir besar baru-baru ini.
  • 13 Januari 1975 – Seramai 809 jemaah haji pulang dengan kapal Malaysia Raya diturunkan buat pertama kali di Dermaga Air Dalam Butterworth.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya