PADA 10 Januari 1978, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Pelajaran, Tun Musa Hitam mengumumkan kesemua 14,742 orang penuntut yang lulus dengan pangkat B dan C dalam peperiksaan LCE/SRP 1977 akan dibenarkan naik ke tingkatan empat tahun ini.
Di samping itu, semua penuntut yang mendapat Pangkat S dengan kelulusan 6 mata pelajaran atau 5 kelulusan mata pelajaran dengan dua kepujian atau taraf lebih tinggi akan dibenar mengulang di tingkatan tiga.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 10 Januari 1971
Pulau Habib Hassan di muara Sungai Pahang di Pekan akan diletupkan sebelum air pasang bagi memudahkan pengaliran air dari Sungai Pahang ke laut. - 10 Januari 1975
Pengerusi Lembaga Perpaduan Negara, Tun V.T. Sambanthan melancarkan kempen membahagikan 60,000 buku kecil mengenai amalan sosial dan kebudayaan masyarakat Malaysia kepada orang ramai. - 10 Januari 1977
Malaysia dan Mesir menyeru Sidang Damai Geneva Mengenai Timur Tengah disambung semula dengan penyertaan bersama Pertubuhan Pembebasan Palestine (PLO).
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]