Pada 27 Januari 1976, Utusan Malaysia melaporkan kebakaran besar mengakibatkan kerugian kira-kira RM2 juta, yang memusnahkan sekurang-kurangnya 100 buah rumah termasuk 16 gedung perniagaan di bandar Kota Bharu.
Kebakaran di kawasan antara Jalan Kebun Sultan dengan Jalan Pangkalan Chepa dianggap terbesar di Kelantan dan dipercayai bermula dari sebuah rumah yang kemudian merebak dengan cepat.
Kebakaran itu bermula pada pukul 1.15 petang dan kejadian itu boleh dilihat dalam jarak antara lima hingga lapan kilometer.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 27 Januari 1969 – Selangor muncul juara sepak raga “Piala Emas Khir Johari” buat kali kelima berturut-turut setelah menewaskan Kedah 2-1.
- 27 Januari 1973 – Lim Kit Siang dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
- 27 Januari 1984 – Tan Sri Aishah Ghani secara rasmi mengesahkan tidak mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia dan berharap Naib Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz dipilih menggantikan beliau.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]