Pada 16 Januari 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lapangan Terbang Subang dibanjiri lautan air mata bila ribuan rakyat jelata menangis menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak kira-kira pukul 5.30 petang.
Menurut Bernama, Tun Abdul Razak meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi waktu London (kira-kira jam 6.30 petang waktu Semenanjung Malaysia) di London Klinik.
Sementara itu, Tun Hussein Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu dalam satu upacara ringkas di Istana Negara.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 16 Januari 1968 – Sempena lawatan Shah Iran ke Malaysia, Tunku Abdul Rahman akan turut berbincang menimbangkan penentuan Puasa dan Hari Raya akan ditentukan melalui hisab.
- 16 Januari 1969 – Letupan besar atas kapal induk nuklear terbesar dunia, The Enterprise telah membunuh 31 orang anak kapal dan mencederakan 100 orang lagi.
- 16 Januari 1977 – Jenazah Tan Sri Syed Jaafar Albar selamat dikebumikan di perkarangan Makam Pahlawan, kuala Lumpur dimana lebih 5,000 orang turut berada di Masjid Negara memberikan penghormatan terakhir.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]