Pada 18 Januari 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan suri-suri rumahtangga dan para peniaga kecil bersungut kerana harga minyak kelapa naik secara mendadak lebih dari sekali ganda dalam tempoh seminggu sehingga mengakibatkan harga-harga barang lain turut naik.
Harga asal minyak kelapa seberat 17 kg ialah RM22 setin, kini dijual dengan RM55 setin dan dijangka terus naik kepada RM65 setin. Dipercayai kenaikan berkaitan penarikan balik subsidi diesel oleh kerajaan dan juga aktiviti menyorok minyak memandangkan harganya dijangka terus naik.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 18 Januari 1975 – Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri mulai 15 Januari lalu.
- 18 Januari 1976 – Bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dikibar separuh tiang bagi menghormati kematian Allahyarham Tun Abdul Razak.
- 18 Januari 1978 – Kementerian Dalam Negeri didesak menggantung penggambaran filem “The Mountain of The Jungle” kerana adanya penyertaan anak tempatan dalam adengan separuh bogel.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]