Filem Menanti Hari Esok pecah rekod box office - Utusan Malaysia

Filem Menanti Hari Esok pecah rekod box office

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Januari 1978, Utusan Malaysia melaporkan filem Menanti Hari Esok arahan Jins Shamsuddin mencipta sejarah baharu dalam perfileman Melayu dengan memecahkan rekod box office filem-filem Melayu sebelum ini.

Filem yang mengakhiri tayangan yang ke-54 di panggung Coliseum, Kuala Lumpur dikatakan sebagai yang pertama ditayangkan selama hampir dua bulan di panggung tersebut selepas filem Penarik Beca lakonan P. Ramlee iaitu selama kira-kira sebulan pada tahun 50-an. Menanti Hari Esok menelan belanja RM200,000 dan meraih kutipan melebihi RM1 juta.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 Januari 1968
    Lalu-lintas baharu di Ibu Kota di bawah Sistem Gelombang Hijau memasuki hari kedua pelaksanaannya yang dilihat lebih lancar berbanding semalam.
  • 14 Januari 1973
    Buat pertama kalinya TV Malaysia menyiarkan secara langsung selama 40 minit ibadah mengerjakan haji dari Mekah.
  • 14 Januari 1975
    Tan Sri Abdul Samad Idris menyifatkan tuduhan yang dilemparkan ke atas Persaudaraan Nasrul Haq sebagai tidak berasas.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya