Darurat banjir kebangsaan - Utusan Malaysia

Darurat banjir kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PADA 6 Januari 1971, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengarahkan pembentukan Markas Darurat Banjir di Bangunan Parlimen untuk menghadapi banjir yang semakin buruk.

Tan Sri Ghazali Shafie yang ditugaskan mengetuai markas tersebut menyeru rakyat berdoa agar banjir yang menimpa tidak berlarutan.

Korban banjir seluruh negara meningkat kepada 20 orang dan mereka yang dipindahkan melebihi 95,000 orang. Pahang mencatat perpindahan mangsa banjir terbesar iaitu seramai 40,000 orang, diikuti Johor (17,000) dan Selangor (Lebih 14,000).

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 6 Januari 1968
    Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja British di Singapura telah digunakan untuk menyelamatkan 250 orang yang terkepung akibat banjir di Kota Tinggi.
  • 6 Januari 1975
    Keadaan banjir di Pantai Timur bertambah buruk berikutan hujan lebat tidak berhenti-henti sejak dua hari lalu menyebabkan murid-murid tidak dapat ke sekolah apabila penggal pertama dibuka hari ini.
  • 6 Januari 1977
    Banjir kilat yang berlaku di Batu 115 hingga Batu 118 antara Bentong – Karak telah memutuskan hubungan jalan raya utama Pantai Barat dan Pantai Timur apabila ditenggelami air sedalam 1.4 meter

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya